Tiba-tiba je rasa nak tulis pasal make-up2 ni..haha..Kenapa?
Sebab raya hari tu (2 tahun lepas), kawan2 aku suruh aku ajar diorang cara2 nak make-up..cakap last-minute,,kalau aku tau, aku bawa segala alat solek aku..aku lagi suka 'conteng' muka orang dari muka aku sendiri..haha..tapi aku bukan jurusolek profesional mcm Michelle Phan..Aku belajar pun dari majalah (mostly Cleo) dan YouTube je..huhu..Rasa dulu masa sekolah menengah selalu cakap macam ni, "Kalau aku dah besar, tak kuasa nak make-up2 ni..geli je"..Bila dah besar..oopss..pantang nampak warna yang menarik & mencuit hati..pasti menarik hati nak pergi beli. Ni semua sebab Yanie..majalah Cleo dia lah yang aku dok belek time nak exam dulu..haha. Sekarang, dah gila make-up..susah nak kawal. Tapi tak juga lah.. Sebab aku pakai pun ikut mood. Kalau rajin, pakai. Kalau dah malas tu, celak pun aku tak sentuh..
Emm,,tapi kalau tak silap, bersolek untuk perempuan dalam Islam diharuskan untuk suami sahaja. Ada juga ustaz yg cakap, kalau bersolek secara sederhana, tak berlebih-lebihan,,tidak mengapa...
Apa-apapun,,aku masih lagi mengaji hukum bersolek utk seorang wanita muslimah..dan setakat ni,,xdelah aku bersolek ber-extra-va-va-voom..ahahaha.. LESS IS MORE, darling...
Please watch this.. I found this very helpful in restraining my urge to make-up..
Kesimpulannya, biar kita di cantik di mata Allah dari cantik di mata manusia..Itu lebih baik dan bukankah kita akan merasa lebih bahagia jika berpakaian dan berhias untuk mengharapkan keredhaan Allah..hilang semua insecurities - - - betul tak?
p/s: maaf...berbahasa rojak di sini..peace y'all.. I might be selling my eyeshadow pallettes after this...lalala
No comments:
Post a Comment