Sunday, October 10, 2010

Petualangan Mencari Makan

Ahad lepas, kami (aku+Wnie+Bihah) kena panggil dengan Dr G untuk bincang case report kami yang sebagaimana sms Dr G berbunyi,

"Iwanie, please come to my house at 4 pm.to discuss. Too much mistakes."

Erk..macam parah je bunyinya. Kami pun naik teksi je..sebab rumah dia memanglah jauh di atas bukit sana dan sebenarnya, kami tak tahu nak naik angkut apa kalau nak pergi rumah dia. Seperti hari semalamnya (ya..kami pergi rumah dia semalam gak), lalu lintas tidak berjalan dengan lancar. Tapi, nasib baik juga kami cuma lewat 10 minit. Sepanjang diskusi, Dr G sangat best dan baik. Dia takdelah garang mana. Seronok je bincang dengan dia. Kalau rasa tak betul, dia suruh semak semula di buku. Kalau salah format, betulkan. Sambil-sambil diskusi, dia hidang air teh panas dan jemput-jemput pisang (bukan dia yang hidang lah tapi, pembantu dia kan ada..huhu) Tak fokus kami dibuatnya, menahan air liur..haha. Kami habis diskusi dalam pukul 6 ptg. Dah masuk Maghrib. Dr G pesan, "Please be careful, okay. It's already late."

"Alright,sensei..Will do"

Bila tiba jalan besar, kereta masih bersusun. Laju adalah dalam 5km/jam. Kami pun jalan kaki sampai kami jumpa hotel yang sesuai untuk kami tumpang solat. Pastu, baru kami naik angkut. Sepanjang jalan tu, memang banyak hotel dan tempat makan sebab jalan ni menuju ke Lembang, Tangkuban Perahu dan Sari Ater. Sebab tu lah macet, ramai orang pergi makan angin. Dalam angkut, tiba-tiba Wnie nampak satu gerai makan ni, 'Surabi Imut' 


"Orang cakap kedai makan ni sedap."


Apa lagi, aku dan Bihah, "KIRI, pak"


Kedai makan dia biasa-biasa je-sedang elok. Ada jual macam-macam. Pelbagai jenis surabi, nasi goreng, mee goreng, spagetti, dan sate. Es lilin pun ada. Kami pesan nasi goreng kampung, nasi goreng teri, spagetti ayam jamur, sate ayam, es lilin dan surabi sosis ayam special...emm..tamak nye la hai~
 Semua yang kami pesan SEDAP!! Makanya, aku pesan sate kambing, surabi ayam dan surabi sosis ayam special untuk dibawa pulang..

Surabi sosis ayam special - Rp9,000

Sate Ayam - 10 cucuk - Rp 10,000
Confirm aku nak datang lagi.

No comments: