Thursday, October 28, 2010

Be My Barbie

 Hari Rabu hari tu keluar jalan-jalan dengan Sya dan C-la. Kami pergi PVJ. Pergi Sogo dan singgah sekejap di booth Revlon. Minta C-la belanja eyeshadow ni (for my birthday present..yeay!!)..Rp 40,000 = RM15.00. Kalau kat Malaysia lagi mahal. Tak silap dalam RM 29.00.

Revlon|perle luxurious eyeshadow in Black Galaxy

Dah lama nak eyeshadow warna hitam..akhirnya dpt. Thank you, C-la! and thank you Allah..tapi rasa macam membazir lak..apa aku nak jawab dalam kubur nanti? Ke mana aku gunakan harta yang Allah pinjamkan? huwaarghh...taknak pikir, boleh ke?huhu...

Besok paginya, Cla bawa pergi klinik. Siang tu, sambil-sambil tunggu konsulen rasa bosan. Sebelah ada Kak Mai..apa lagi..
"Kak Mai, jom kita main makeup-makeup" ;p
Kak Mai pun layan je..hehe..lagi la aku suka..


Smoky eyes effect -
cubaan Wnie untuk interframe tak berjaya
By the way, me and my classmates are having our very first pajama party this weekend. Tak sabar nak main makeup-makeup!

p/s: Aku jalan-jalan kat shopping mall pakai baju kurung..hee~

Wednesday, October 27, 2010

# 13

‎"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah

akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka
berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. 
Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka 
dan hanya seorang ke syurga.
 ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang
baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Monday, October 25, 2010

# 12

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal (cubaan) belum datang kepadamu seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Al Baqarah: Ayat 214

Mango Parfait


Salam..
October has always been a busy month..Three of ours friends (including my two housemates) are celebrating their birthday..So, we made this easy-to-make desserts called parfait which means perfect in French for Yanie considering she really likes mango and besides, it's mango season here in Bandung.. ;)

What you need:
4 very riped mango
Lemon, juiced
1 cup sugar
250ml natural yogurt
Chocolate cookies/biscuits, crushed
Instant whipped cream

How to make:
1. To make the mango puree, blend together mango, sugar and lemon juice. Puree should be thick.
2. Take any parfait glass. Layer 2-3tbs of puree and 2tbs of yogurt. Repeat layers.
3. Top with whipped cream and crushed biscuits/cookies.
4. Keep refrigerated at least 15 min. before serving.

Make 4-5 servings.

Friday, October 15, 2010

# 11

Tuhanku, aku tak layak masuk syurgaMu,
Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu,
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.

Wednesday, October 13, 2010

Passing By...

Red Hot Chili Peppers

Ms. Red Riding Hood

Big Bad Beetle
and
Mr Black Jack

# 10

Sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia   akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama.

Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi

I Confess

Bling-bling!


I'm not engaged. I was just kidding last night. That ring was my late mother's. I like it so much because it fits my ring finger just nicely and the fact that it has three diamonds on it, make my eyes go ka-cing! My cousins said I shouldn't be wearing it sebab nanti takde orang nak ngurat..haha..I'm only wearing it for just two weeks and right now, it feels empty sebab dah terbiasa pakai. Rasa macam takde benda nak aku buat main kat jari. Well, I had a dream last night. I dreamed that my cousin called. Dalam mimpi tu dia cakap, "Ana jangan bagi tahu sesiapa lagi. Tapi mak dan ayah beli cincin merisik." Wow! Rasa gembira-suka dan berdebar. "Siapa, Kak Nina? Handsome tak?" Wah, susah-susah je mak dan ayah cari bakal menantu. But Kak Nina hung-up the phone. But then, I realize. Sejak bila orang perempuan masuk merisik anak teruna orang? Dasar mainan mimpi. Teringat pula Rinie cakap dalam angkut hari tu. Bapak kau wali, dia boleh nikahkan kau kat Malaysia, tanpa pengetahuan kau. Akad tetap sah.

Emm..no comment. Aku berserah pada takdir. Aku yakin jodoh aku ada dalam dunia ni. Aku tak perlu risau. Yang penting, aku pandai jaga diri. Dan mudah-mudahan dia pun sabar menanti.

Tuesday, October 12, 2010

What Happened During Raya


My niece got busy taking pictures of herself..

Klik!

and another Klik!

Her cousin don't get to enjoy her Raya that much
because of her upcoming UPSR examination..

My nephew has a secret admirer ;)

I got engaged!!! 

All In A Day's Work


Rajin, tekun dan amanah

"If you're still chasing your dream, it means you are not running fast enough! Live your dream.."
Aim for the moon! Cause if you fall, you'll land among the stars..


Presenting

.  .  .  .  .




Strike and Pose


Gimme some anger!! arrghhh!!!

Pretty-Ugly

Dreck'titude~
Smile With Your Eyes

Perempuan Melayu Terakhir


Calon Menantu


and the winner is . . .


sharing is caring 

ladysarraabubakar.blogspot.com

Baba Ali: Distractions During Salat (Prayer)



Solat

Pertama kali aku nak sambung belajar di Indonesia, nasihat yang paling kerap aku dengar adalah, 
"Ana, jangan tinggal sembahyang. Solat mesti cukup."
Dalam buku Penenang Hati, ada beberapa topik berkenaan dengan solat. Menyempurnakan solat dengan khusyuknya, Khusyuk dalam sembahyang, Keutaamaan Solat, Seksaan meninggalkan solat dll..dan berikut merupakan beberapa petikan dari buku tersebut yang menyedarkan aku..

Allah s.w.t berfirman: 
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
(Al-Mukminin:1-2)
Rasa macam susah nak khusyuk dalam solat. Ada je benda nak fikir. Kalau sebelum solat lupa kat mana letak kunci, tengah solat lah baru ingat, letak kat atas peti sejuk. Habis salam, cepat-cepat doa, cari kunci. Lagilah kalau ada budak kecil main kejar-kejar. Ya ampun. Rasa macam nak cubit je. Tu belum lagi ternampak orang yang sembahyang kat depan terlucut kain sembahyang. Terpaksa tahan ketawa. Aduhai...


Khusyuk adalah perbuatan hati. Namun sesetengah ulama ada yang menganggapnya sebagai perbuatan anggota badan. Iaitu dia tidak menoleh atau bermain-main. Ada juga yang berpendapat bahawa khusyuk merupakan keutamaan solat saja.

Dirawikan dari Hasan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu. Setiap hari ia mandi di situ lima kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu ditolak."
Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa solat dua rakaat, hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosa yang terdahulu diampuni."
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Allah tidak memandang solat seseorang di mana hati dan badannya tidak hadir di situ."
Pada pendapat aku, sabda di atas adalah yang paling ringkas dan senang nak difahami. Hati dan badan kita kena hadir dalam solat. Bukan badan sahaja. Hati dan badan bersama-sama menunaikan solat. Contohnya, ini yang ustaz aku pernah cakap. Semasa baca Al-Fatihah, mulut kita baca, tapi hati kita kena terjemah 7 ayat dalam surah tersebut.


(1) Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,
(3) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
(4) Pemilik hari pembalasan.
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
(7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Dirawikan dari Hatim al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab, "Ketika tiba solat, kusempurnakan wudhuk ku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu ku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat di bawah tapak kakiku, Syurga di kananku, Neraka di kiriku, Malaikat Maut di belakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir, kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir sungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawaduk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak."

Hidup dalam era moden boleh tahan mencabar..

Rasa ada hati nak tinggalkan solat? Fikir masak-masak...


Dan Allah SWT berfirman:
"Apakah sebabnya kamu masuk neraka? Sahut mereka itu, "Kami tiada solat. Dan tidak pula memberi makan orang miskin. Dan kami telah masuk ke dalam yang batil bersama orang-orang yang masuk ke dalamnya."
(Al-Mudatstir: 42-45)
 Dalam satu riwayat dengan sanad sahih:
" Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu, meskipun kau dibunuh dan dibakar. Jangan derhaka kepada kedua orang tuamu. Meskipun mereka mengusirmu dari keluarga dan hartamu. Dan jangan tinggalkan solat wajib dengan sengaja. Siapa sengaja meninggalkannya, terlepas dia dari tanggungan Allah. Juga jangan kau minum arak sebab itu sumber segala yang keji. Serta hindarkan maksiat, sebab dengannya akan ditimpa murka Allah. Jangan kau lari dari pertempuran . Meskipun orang porak peranda dan kematian menimpa mereka, maka tetaplah kau. Nafkahkan kepada keluargamu dari kelonggaranmu. Jangan kau angkat tongkatmu dari mereka kerana beradab serta tutupilah mereka kerana Allah."
Muhammad bin Nadhar berkata, "Aku dengar Ishaq berkata, "Benar dari Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada uzur sehingga habis waktunya, dia orang kafir."
"Amal yang mula-mula ditanyakan pada hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, sungguh beruntung dan selamatlah dia. Jika solatnya tidak dijaga, sungguh rugilah dia."
"Maka celakalah (seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai menjaga sembahyangnya." 
(Al Ma'un: 4-5) 
Rasulullah SAW bersabda:
"Mereka itu orang-orang yang mengakhirkan solat."
Sesetengah mengatakan, "Dirawikan pula bahawa yang pertama sekali hitam mukanya pada hari Kiamat ialah orang yang meninggalkan solat. Dan sesungguhnya di Jahanam itu ada jurang yang biasa disebut Lamlam. Di situ ada banyak ular. Setiap ular seberat unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Ia menyengat orang yang meninggalkan solat. Upasnya masuk dalam tubuhnya tujuh puluh tahun hingga dagingnya terkelupas."

Ada suatu peristiwa di mana ada seorang perempuan dari Bani Israel datang kepada Musa a.s. Dia meminta," Wahai Nabi Allah, aku telah melakukan dosa besar dan aku telah bertaubat. Maka doakan kepada Allah agar mengampuniku dan menerima taubatku. Nabi Musa a.s bertanya, "Apakah dosamu?" Perempuan itu berkata, "Aku telah berzina hingga melahirkan seorang anak lalu kubunuh." Musa a.s. berkata, "Keluarlah wahai pelacur! Jangan kau turunkan api dari langit hingga membakar kami atas lacurmu!" Perempuan itu pulang dengan hati yang sedih. Lalu datang Jibril as dan berkata, "Wahai Musa! Tuhan berkata padamu, mengapa engkau usir pelacur yang bertaubat? Engkau tidak bertemu dengan orang yang lebih banyak dosanya?" Musa as bertanya, "Siapa?" Jibril as menjawab, "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja."

Pondok Kapas

Jangan tak tahu..Pokok tu ada 'terselit' kat kedai makan kegemaran kami ni..

Semalam makan tengah hari kat Cafe Ihsan. Keluar dari situ, nampak kapas kat atas jalan. Kak Sya cakap, "Tu lah pokok kapas." Aku yang tak pernah nampak pokok kapas excited terlebih. Tengok pokok kapas tu. Tinggi dan besar. Tiada daun. Ada macam kantung warna coklat-hitam dan kapas tergantung kat dahan-dahan pokok. Wah, hebat kan ciptaan Tuhan..Kain kapas sekarang ni dah jadi trend balik. Ramai yang pakai baju raya jenis kain cotton.

Bila tengok dari jauh, macam Christmas Tree tak? Haha..

Sunday, October 10, 2010

Petualangan Mencari Makan

Ahad lepas, kami (aku+Wnie+Bihah) kena panggil dengan Dr G untuk bincang case report kami yang sebagaimana sms Dr G berbunyi,

Sebentar Cuma

Rasa macam cuti raya hari tu sekejap sangat. 15 hari sangat sekejap kalau nak dibandingkan dengan 365-15=350 hari aku duduk kat Bandung. Bila cuti dah nak habis, rasa berat hati sangat. Tak banyak barang aku bawa. Biskut raya pun aku cuma bawa satu jenis.

Aku sampai Bandung..muka macam cuka..tapi kena lah senyum gak kat orang-orang di airport. Kang nanti diorang cakap aku sombong lak. Masuk dalam teksi, aku termenung panjang. Ya Allah,,tak pernah rasa macam ni. Selalunya, aku tak sebak macam ni. Bila sampai rumah, unpack barang sikit-sikit. Telefon mak. Mak dan ayah dalam perjalanan balik Batu Pahat. Dengar suara mak je, aku terus menangis. Mak tanya, "Okay tak? Kenapa?" Aku tipu, "Em..Ana okay.." Tapi aku sangat tak okay..!

Besok pagi, lepas lapor kat Dr Ame, aku pergi BIP. Banyak barang keperluan dah habis. Aku pergi kedai buku. Niat nak cari satu Quran yang ada tajwid & tafsir. Teringat mak pernah beli Tafsir Quran per kata dengan asbabun nuzul & terjemah. Ayah suruh cek harga. Sah, kat sini lagi murah. Rp 160,000. Mak beli RM100. Tiba-tiba fikir, nak beli Quran yang ni atau yang ada tajwid & tafsir. Kalau yang macam mak punya tu, tiada tajwid. Tajwid aku pun bukannya betul sangat. Dah lama sangat bergantung kat Quran yang ada tajwid, takut salah baca pula nanti. Lagipun lagi murah, Rp 86,000. Tapi, aku rindu sangat kat mak ngan ayah. Kalau beli yang macam mak punya tu, macam pelepas rindu kat mak ayah. I end up buying the Quran that just like my mother's and I feel much happier! Aku beli yang warna ungu, macam mak aku punya..Tak sabar nak baca..


Bila aku pertama tengok Quran mak aku, aku tanya mak, "Mak, asbabun nuzul tu apa?"

"Asbabun nuzul tu sebab turun ayat..Sebab kenapa Allah turunkan ayat ni..apa je peristiwa yang berkaitan dengan sebab turunnya ayat tu..Mak senang sikit nak mengajar..buat rujukan.."

"Ooh.." dan aku selalu nampak mak revise Quran tu pada waktu petang..


Sejak kebelakangan ni, aku rasa hati aku tak senang. Sejak sebelum raya. Rasa macam banyak sangat dosa. Banyak sangat masalah. Kepala aku kusut. Banyak menyalahkan orang lain. Banyak cari kesalahan orang lain. Masa jalan-jalan ngan Angah kat Parkson hari tu, aku tengah jaga trolley..datang seorang lelaki. Dia bawa beberapa buku, nak jual. Buku terakhir yang dia tunjuk kat aku, 'Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan', tulisan Imam al-Ghazali. RM15.00. Aku baca daftar isi: Takut kepada Allah s.w.t; memerangi nafsu dan syaitan; kebusukan dunia...dan banyak lagi..Bila aku balik rumah, rupa-rupanya semua orang pun beli juga.

Aku beli, mengharapkan yang aku boleh berubah kalau aku baca buku ni. Aku rasa sangat memerlukan petunjuk. Aku perlu fokus..tapi aku fikir balik, kenapa tak aku rujuk Quran? Bukan tu kitab yang paling mutlak? Terang-terangan itu adalah peninggalan Nabi Muhammad s.a.w, datang dari Allah s.w.t sebagai peringatan dan petunjuk kepada manusia akhir zaman..

Mudah-mudahan, aku, keluarga & kawan-kawan aku yang lain, selamat di dunia & akhirat..Amin

Thursday, October 7, 2010

Too Cute To Be True!



This is the trailer of Locoroco Cocoreccho for PS3...ouch..
I won't be having any chances to play this game

Monday, October 4, 2010

# 9

If you don't understand my SILENCE,
how will you understand my WORDS...