Hari ni banyak benda nak kena buat..and writing a post is not one of them *guilty*
Sepatutnya, pagi ni kena basuh baju tapi lupa sabun dah habis, belum beli lagi. Makanya, aku cuma bersihkan apa-apa yang patut. Sapu lantai. Gosok baju. Basuh cawan.
Siang, lepas Zohor, aku hantar kain buruk klinik yang berlambak ke kedai dobi berdekatan. Pergi klinik. Aku cari Obay. Lepas dapat working model untuk full denture aku, aku bersihkan sikit model tu dan terus cari Dr Lisda untuk acc. Lepas tu, aku kena pergi bank. Keluarkan duit. Alhamdulillah bank tak tutup lagi. Pastu, aku kena pergi Jeruk untuk ambil tanggul gigitan lilin. Dah janji ngan Siela dan yang lain untuk makan kat Nanny's Pavillon. Aku pun ambil angkut Riung-Dago dan selepas beberapa puluh minit, aku pasti sangat aku dah sesat. Cepat-cepat turun angkut. Telefon Ikhwani nak tanya direction, tapi dia pun tak tahu camne. Aku naik je angkut balik, tanya kat satu ibu, dia pun suruh aku turun kat simpang empat depan, tukar angkut. Aku sms Edo. Edo balas, tapi nampaknya, aku tetap sesat. Aku sms Siela, minta pesankan makanan untuk aku. Aku order je lamb chop. Aku geram sangat, aku sesat selama 1 jam, aku turun kat Dago, aku tahan taksi. Aku telefon Edo, biar Edo je cakap ngan bapak taksi tu.
Akhirnya, sampai juga di Nanny's tapi Sya dah balik. Memandangkan aku tengah lapar dan geram, aku pun makan lamb chop dengan gelojohnya. Sah, kalau ada yang nak masuk minang, konfem tak jadi. Sebabnya, aku pakai garfu dengan tangan, dah tak nampak pisau dah..haha. Tapi aku ambil keputusan untuk solat Asar dulu sebab dah lewat. Lepas sembahyang, aku sambung makan. Selepas habis makan, Siela tiba-tiba peluk aku sambil meminta maaf. Sebabnya, lamb chop tu sangat mahal...huhu..aku budget cuma dalam Rp60,000 tapi aku dapat lihat Izzah yang berada di belakang Siela dengan jari-jemarinya menyatakan harga lamb chop tu adalah Rp113,000 (RM 40)...OMG..tapi aku tenang je..sebab baru keluar duit la katakan...haha..tapi Siela tak berhenti peluk aku..adalah dalam 5 minit kot..haha..Tapi aku bayar Rp100,000 je sebab Siela dengan Kak Sya bayar yang lebihnya...(yippie) dan selain itu, sebab kitorang belanja lebih Rp500,000, dapat satu free note yang sangat comel!!! dan memandangkan aku yang 'paling banyak belanja', aku dapat buku nota itu..ngeh3~ Lepas solat Maghrib and lil' bit chit-chat,, kami pun pulang and NO, I'm not going to trust my intuition this time because I have no sense of direction..
p/s: To Siela, if you're reading this, don't worry...I wasn't mad at you or Sya..no prob,,k..instead, I think it was a funny story..Tapi nampaknya,, besok aku akan b'puasa ;p
The End.