Wednesday, December 22, 2010

Lamb Chop OMG




Hari ni banyak benda nak kena buat..and writing a post is not one of them *guilty*
Sepatutnya, pagi ni kena basuh baju tapi lupa sabun dah habis, belum beli lagi. Makanya, aku cuma bersihkan apa-apa yang patut. Sapu lantai. Gosok baju. Basuh cawan.

Siang, lepas Zohor, aku hantar kain buruk klinik yang berlambak ke kedai dobi berdekatan. Pergi klinik. Aku cari Obay. Lepas dapat working model untuk full denture aku, aku bersihkan sikit model tu dan terus cari Dr Lisda untuk acc. Lepas tu, aku kena pergi bank. Keluarkan duit. Alhamdulillah bank tak tutup lagi. Pastu, aku kena pergi Jeruk untuk ambil tanggul gigitan lilin. Dah janji ngan Siela dan yang lain untuk makan kat Nanny's Pavillon. Aku pun ambil angkut Riung-Dago dan selepas beberapa puluh minit, aku pasti sangat aku dah sesat. Cepat-cepat turun angkut. Telefon Ikhwani nak tanya direction, tapi dia pun tak tahu camne. Aku naik je angkut balik, tanya kat satu ibu, dia pun suruh aku turun kat simpang empat depan, tukar angkut. Aku sms Edo. Edo balas, tapi nampaknya, aku tetap sesat. Aku sms Siela, minta pesankan makanan untuk aku. Aku order je lamb chop. Aku geram sangat, aku sesat selama 1 jam, aku turun kat Dago, aku tahan taksi. Aku telefon Edo, biar Edo je cakap ngan bapak taksi tu.

Akhirnya, sampai juga di Nanny's tapi Sya dah balik. Memandangkan aku tengah lapar dan geram, aku pun makan lamb chop dengan gelojohnya. Sah, kalau ada yang nak masuk minang, konfem tak jadi. Sebabnya, aku pakai garfu dengan tangan, dah tak nampak pisau dah..haha. Tapi aku ambil keputusan untuk solat Asar dulu sebab dah lewat. Lepas sembahyang, aku sambung makan. Selepas habis makan, Siela tiba-tiba peluk aku sambil meminta maaf. Sebabnya, lamb chop tu sangat mahal...huhu..aku budget cuma dalam Rp60,000 tapi aku dapat lihat Izzah yang berada di belakang Siela dengan jari-jemarinya menyatakan harga lamb chop tu adalah Rp113,000 (RM 40)...OMG..tapi aku tenang je..sebab baru keluar duit la katakan...haha..tapi Siela tak berhenti peluk aku..adalah dalam 5 minit kot..haha..Tapi aku bayar Rp100,000 je sebab Siela dengan Kak Sya bayar yang lebihnya...(yippie) dan selain itu, sebab kitorang belanja lebih Rp500,000, dapat satu free note yang sangat comel!!! dan memandangkan aku yang 'paling banyak belanja', aku dapat buku nota itu..ngeh3~ Lepas solat Maghrib and lil' bit chit-chat,, kami pun pulang and NO, I'm not going to trust my intuition this time because I have no sense of direction..

p/s: To Siela, if you're reading this, don't worry...I wasn't mad at you or Sya..no prob,,k..instead, I think it was a funny story..Tapi nampaknya,, besok aku akan b'puasa ;p

The End.

Monday, December 20, 2010

Ambil Nombor Giliran

Received a sms from my sis-in law last week..

"Alhamdulillah sihat. Budak2 masih rehat2 di rumah menghabiskan cuti hjg tahun. Haikal ambik swimming lesson, hazim tak belajar sebab tak pandai float. Shameen belajar sendiri dari Haikal. Jimat sikit duit. Hem....25 Dis ni, Eli & Eni kahwin. Tahun depan, Ana ngan Yan pulak..hehehe....."

Erk...terkedu kejap ;p

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru

Isnin, akhir 1431H...

Aku hantar sms kepada mak.

'Askm. Mak, besok awal muharram ke? Hari ni sunat puasa tak?'

Mak jawab pendek.

'Salam. Sunat.'

Malam semalam aku hantar satu lagi sms.

'Askm. Mak, kalau besok, sunat puasa tak?'

Kali ni, mak jawab panjang.

'Esok tak disunatkan berpuasa. Hari yang disunatkan puasa 10 Muharram. Tapi kalau nak puasa boleh niat puasa sunat atau puasa qadak seperti hari-hari lain atau puasa supaya memulakan tahun baru dengan ibadah puasa atas kehendak kita sendiri. Elok juga dari berkonser ke. karaoke ke.'

oopss...nyesal post video karaoke Siti kat FB hari tu...kantoi sudah ;p

Sunday, November 28, 2010

# 14

Asbabun nuzul ayat 169-171: Surah Ali-Imran

Ibnu 'Abbas ra. menjelaskan bahawa suatu saat, Rasulullah saw bersabda, "Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada di pinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga, kemudian bertenggek di atas lampu-lampu yang terbuat daripada emas yang tergantung di bawah 'arsy. Saat mereka telah mendapat makanan, minuman dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata, "Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang."

(hadis sahih menurut Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi)

Monday, November 22, 2010

Muggle

I'm now currently got stuck reading Harry Potter.. *sigh* ni sume salah Ynie ;p

Tuesday, November 16, 2010

Salam Hormat

Dengan ini dimaklumkan bahawa komputer riba enMokhtar tidak dapat berdiri dengan sendirinya. Terpaksa memakai tongkat untuk menyokong monitor dari belakang dengan menggunakan 'book-ends'..dan key 'K' telah hilang.
Sekian, terima kasih.
Selamat menyambut hari raya korban 1431H..

Sunday, November 14, 2010

Two Weeks Notice

MONDAY: So, I decided to buy the long-awaited 88 eyeshadow palette last two weeks. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba kemaruk nak beli makeup baru walhal dah lama tak pakai bedak maupun moisturizer bila keluar rumah. 

Jadi, hari SELASA aku buat money-transfer. Orang tu cakap dalam sehari, dua sampai..

Hari RABU...aku pantang dengar bunyi motor, mesti jenguk luar tingkap. Penat tunggu pakcik posmen datang..Hasilnya hampa. Sambil-sambil tu, aku buatlah  paper bag untuk pajama hari Sabtu ni. Senang je. Aku cari dalam internet DIY paper-bag dan aku ubahsuai sedikit..inilah hasilnya. Not bad for recycling magazine papers eyh..

Recycled paper-bag

THURSDAY.... Still nothing.

FRIDAY, Sim has been asking about what to do for Cheers's birthday party. So, we decided to celebrate her birthday at Aloha Aina, our new favourite dining.. The people there are nice, the place is homely  and the foods are just great! They serve very nice Hawaiian cuisine and the prices are affordable.We can actually see how they cook behind the glasses. After clinic hours, me and Bihah went for last minute shopping for the pajama party, made reservation at Aloha Aina and we bought Cheer's birthday cake and we arrived home around 6.30pm. As I was about to take my bath,  Bihah yelled, saying that there's a Mr Postman at the front gate. At last!!! We all are very excited to open the package and here it is..!!

 The 88 eyeshadow palette - the size is quite similar to any netbook 

Here comes SATURDAY!!! Did I mentioned that I did slightly change of our mini living room?

The plain wall is now all flowery..

Made some flowers by using paper tissue and chopsticks.

Not bad for a first timer. I even had Fox's sweet candy attached to the chopsticks.

The hanging flower with butterflies.
 For dinner, we made cheese and herbs spaggeti. Bihah made caramel pudding and the Tubagus together with Kanayakan made mango parfait for dessert. We ate after Maghrib prayers while watching Just Wright. Nice movie. Made us go hmmmmm~~


Just a right movie for this kinda party..hee~

After that, we took a break cleaning all the plates and messes we made and Isya' prayers. We were pretty tired after consuming that much of food...huhu..
Next activity ----> MAKEOVER!!! but the girls want to watch The Nightmares at Elm Street..Actually, it wasn't that scary. They say, the former version of Freddy is lot scarier. I hide behind Yanie most of the time, until the end of the story..
What happened to the make over? Most of us were too sleepy,, only Xef, Yanie and Izzah were playing with the palette..and they were enjoying it..hee~


Rama-rama yang 'hinggap' di straw kami - sangat cute!

I couldn't sleep well that night. All thanks to Freddy. I fall asleep around 2am. Thank God I didn't miss my Subuh prayer..

On SUNDAY, we made nasi lemak with sambal sotong. Nice!!! Also, we had onion rings and teh O. Suddenly, Dr G sms Wanie to meet her that morning. Aiyah~ Me, Wanie and Bihah had to 'postponed' our breakfast. We were backed at the house around Zohor..Dr G and her husband gave us a ride until Simpang..They are a very nice and sweet couple... :) Kami bungkus nasi lemah sikit untuk Dr G..dan dia sangat suka. Dia bagi sms kat Wanie and complemented the sambal..All thanks the girls..

We watched When in Rome and Letters to Juliet..




I watched this TWICE!
and I had a funny dream that night..huhu



Wednesday, November 10, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Adoii...geramnya. Tadi singgah kedai pecel lele..Tengah tunggu kawan, nampak la satu (kelekatu? tak tau apa nama dia..tapi semut besar yang ada sayap.Selalu ada pada musim hujan cmnie).. Sayap dia basah sebab hampir-hampir jatuh dalam mangkuk berisi sup. Cuba bayangkan ye..sayap dia basah separuh dek sup dan dia tgh cuba sedaya upaya dia menyelamatkan diri keluar dari dinding mangkuk tu. Aku pun ambillah tisu sikit,,bawak keluar semut tu..Aku letak kat atas meja. Gigih betul semut ni. Dia cuba teruskan perjalanan dia. Tak patah semangat. Aku pun biarkan lah. TIBA-TIBA!!!! Datang tiga orang pengamen, seorang rambut hijau, seorang rambut normal, lagi seorang aku tak ingat. Yang rambut normal tu dengan selamba nya, dia masukkan balik semut tu STRAIGHT masuk dalam sup. Muka tersengih. YA AMPUN!!! Kesian gila semut tu. Tak bersalah pun! Tak reti hargai nyawa langsung. Aku tak sempat nak selamatkan. Bengang terus. Nasib ko lah aku tak bagi sesen pun!!!

Thursday, October 28, 2010

Be My Barbie

 Hari Rabu hari tu keluar jalan-jalan dengan Sya dan C-la. Kami pergi PVJ. Pergi Sogo dan singgah sekejap di booth Revlon. Minta C-la belanja eyeshadow ni (for my birthday present..yeay!!)..Rp 40,000 = RM15.00. Kalau kat Malaysia lagi mahal. Tak silap dalam RM 29.00.

Revlon|perle luxurious eyeshadow in Black Galaxy

Dah lama nak eyeshadow warna hitam..akhirnya dpt. Thank you, C-la! and thank you Allah..tapi rasa macam membazir lak..apa aku nak jawab dalam kubur nanti? Ke mana aku gunakan harta yang Allah pinjamkan? huwaarghh...taknak pikir, boleh ke?huhu...

Besok paginya, Cla bawa pergi klinik. Siang tu, sambil-sambil tunggu konsulen rasa bosan. Sebelah ada Kak Mai..apa lagi..
"Kak Mai, jom kita main makeup-makeup" ;p
Kak Mai pun layan je..hehe..lagi la aku suka..


Smoky eyes effect -
cubaan Wnie untuk interframe tak berjaya
By the way, me and my classmates are having our very first pajama party this weekend. Tak sabar nak main makeup-makeup!

p/s: Aku jalan-jalan kat shopping mall pakai baju kurung..hee~

Wednesday, October 27, 2010

# 13

‎"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah

akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka
berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. 
Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka 
dan hanya seorang ke syurga.
 ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang
baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Monday, October 25, 2010

# 12

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal (cubaan) belum datang kepadamu seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Al Baqarah: Ayat 214

Mango Parfait


Salam..
October has always been a busy month..Three of ours friends (including my two housemates) are celebrating their birthday..So, we made this easy-to-make desserts called parfait which means perfect in French for Yanie considering she really likes mango and besides, it's mango season here in Bandung.. ;)

What you need:
4 very riped mango
Lemon, juiced
1 cup sugar
250ml natural yogurt
Chocolate cookies/biscuits, crushed
Instant whipped cream

How to make:
1. To make the mango puree, blend together mango, sugar and lemon juice. Puree should be thick.
2. Take any parfait glass. Layer 2-3tbs of puree and 2tbs of yogurt. Repeat layers.
3. Top with whipped cream and crushed biscuits/cookies.
4. Keep refrigerated at least 15 min. before serving.

Make 4-5 servings.

Friday, October 15, 2010

# 11

Tuhanku, aku tak layak masuk syurgaMu,
Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu,
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku,
Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.

Wednesday, October 13, 2010

Passing By...

Red Hot Chili Peppers

Ms. Red Riding Hood

Big Bad Beetle
and
Mr Black Jack

# 10

Sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia   akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama.

Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi

I Confess

Bling-bling!


I'm not engaged. I was just kidding last night. That ring was my late mother's. I like it so much because it fits my ring finger just nicely and the fact that it has three diamonds on it, make my eyes go ka-cing! My cousins said I shouldn't be wearing it sebab nanti takde orang nak ngurat..haha..I'm only wearing it for just two weeks and right now, it feels empty sebab dah terbiasa pakai. Rasa macam takde benda nak aku buat main kat jari. Well, I had a dream last night. I dreamed that my cousin called. Dalam mimpi tu dia cakap, "Ana jangan bagi tahu sesiapa lagi. Tapi mak dan ayah beli cincin merisik." Wow! Rasa gembira-suka dan berdebar. "Siapa, Kak Nina? Handsome tak?" Wah, susah-susah je mak dan ayah cari bakal menantu. But Kak Nina hung-up the phone. But then, I realize. Sejak bila orang perempuan masuk merisik anak teruna orang? Dasar mainan mimpi. Teringat pula Rinie cakap dalam angkut hari tu. Bapak kau wali, dia boleh nikahkan kau kat Malaysia, tanpa pengetahuan kau. Akad tetap sah.

Emm..no comment. Aku berserah pada takdir. Aku yakin jodoh aku ada dalam dunia ni. Aku tak perlu risau. Yang penting, aku pandai jaga diri. Dan mudah-mudahan dia pun sabar menanti.

Tuesday, October 12, 2010

What Happened During Raya


My niece got busy taking pictures of herself..

Klik!

and another Klik!

Her cousin don't get to enjoy her Raya that much
because of her upcoming UPSR examination..

My nephew has a secret admirer ;)

I got engaged!!! 

All In A Day's Work


Rajin, tekun dan amanah

"If you're still chasing your dream, it means you are not running fast enough! Live your dream.."
Aim for the moon! Cause if you fall, you'll land among the stars..


Presenting

.  .  .  .  .




Strike and Pose


Gimme some anger!! arrghhh!!!

Pretty-Ugly

Dreck'titude~
Smile With Your Eyes

Perempuan Melayu Terakhir


Calon Menantu


and the winner is . . .


sharing is caring 

ladysarraabubakar.blogspot.com

Baba Ali: Distractions During Salat (Prayer)



Solat

Pertama kali aku nak sambung belajar di Indonesia, nasihat yang paling kerap aku dengar adalah, 
"Ana, jangan tinggal sembahyang. Solat mesti cukup."
Dalam buku Penenang Hati, ada beberapa topik berkenaan dengan solat. Menyempurnakan solat dengan khusyuknya, Khusyuk dalam sembahyang, Keutaamaan Solat, Seksaan meninggalkan solat dll..dan berikut merupakan beberapa petikan dari buku tersebut yang menyedarkan aku..

Allah s.w.t berfirman: 
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
(Al-Mukminin:1-2)
Rasa macam susah nak khusyuk dalam solat. Ada je benda nak fikir. Kalau sebelum solat lupa kat mana letak kunci, tengah solat lah baru ingat, letak kat atas peti sejuk. Habis salam, cepat-cepat doa, cari kunci. Lagilah kalau ada budak kecil main kejar-kejar. Ya ampun. Rasa macam nak cubit je. Tu belum lagi ternampak orang yang sembahyang kat depan terlucut kain sembahyang. Terpaksa tahan ketawa. Aduhai...


Khusyuk adalah perbuatan hati. Namun sesetengah ulama ada yang menganggapnya sebagai perbuatan anggota badan. Iaitu dia tidak menoleh atau bermain-main. Ada juga yang berpendapat bahawa khusyuk merupakan keutamaan solat saja.

Dirawikan dari Hasan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu. Setiap hari ia mandi di situ lima kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu ditolak."
Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa solat dua rakaat, hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosa yang terdahulu diampuni."
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Allah tidak memandang solat seseorang di mana hati dan badannya tidak hadir di situ."
Pada pendapat aku, sabda di atas adalah yang paling ringkas dan senang nak difahami. Hati dan badan kita kena hadir dalam solat. Bukan badan sahaja. Hati dan badan bersama-sama menunaikan solat. Contohnya, ini yang ustaz aku pernah cakap. Semasa baca Al-Fatihah, mulut kita baca, tapi hati kita kena terjemah 7 ayat dalam surah tersebut.


(1) Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,
(3) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
(4) Pemilik hari pembalasan.
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
(7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Dirawikan dari Hatim al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab, "Ketika tiba solat, kusempurnakan wudhuk ku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu ku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat di bawah tapak kakiku, Syurga di kananku, Neraka di kiriku, Malaikat Maut di belakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir, kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir sungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawaduk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak."

Hidup dalam era moden boleh tahan mencabar..

Rasa ada hati nak tinggalkan solat? Fikir masak-masak...


Dan Allah SWT berfirman:
"Apakah sebabnya kamu masuk neraka? Sahut mereka itu, "Kami tiada solat. Dan tidak pula memberi makan orang miskin. Dan kami telah masuk ke dalam yang batil bersama orang-orang yang masuk ke dalamnya."
(Al-Mudatstir: 42-45)
 Dalam satu riwayat dengan sanad sahih:
" Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu, meskipun kau dibunuh dan dibakar. Jangan derhaka kepada kedua orang tuamu. Meskipun mereka mengusirmu dari keluarga dan hartamu. Dan jangan tinggalkan solat wajib dengan sengaja. Siapa sengaja meninggalkannya, terlepas dia dari tanggungan Allah. Juga jangan kau minum arak sebab itu sumber segala yang keji. Serta hindarkan maksiat, sebab dengannya akan ditimpa murka Allah. Jangan kau lari dari pertempuran . Meskipun orang porak peranda dan kematian menimpa mereka, maka tetaplah kau. Nafkahkan kepada keluargamu dari kelonggaranmu. Jangan kau angkat tongkatmu dari mereka kerana beradab serta tutupilah mereka kerana Allah."
Muhammad bin Nadhar berkata, "Aku dengar Ishaq berkata, "Benar dari Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada uzur sehingga habis waktunya, dia orang kafir."
"Amal yang mula-mula ditanyakan pada hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika solatnya baik, sungguh beruntung dan selamatlah dia. Jika solatnya tidak dijaga, sungguh rugilah dia."
"Maka celakalah (seksalah) bagi orang tersebut kerana mereka itu lalai menjaga sembahyangnya." 
(Al Ma'un: 4-5) 
Rasulullah SAW bersabda:
"Mereka itu orang-orang yang mengakhirkan solat."
Sesetengah mengatakan, "Dirawikan pula bahawa yang pertama sekali hitam mukanya pada hari Kiamat ialah orang yang meninggalkan solat. Dan sesungguhnya di Jahanam itu ada jurang yang biasa disebut Lamlam. Di situ ada banyak ular. Setiap ular seberat unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Ia menyengat orang yang meninggalkan solat. Upasnya masuk dalam tubuhnya tujuh puluh tahun hingga dagingnya terkelupas."

Ada suatu peristiwa di mana ada seorang perempuan dari Bani Israel datang kepada Musa a.s. Dia meminta," Wahai Nabi Allah, aku telah melakukan dosa besar dan aku telah bertaubat. Maka doakan kepada Allah agar mengampuniku dan menerima taubatku. Nabi Musa a.s bertanya, "Apakah dosamu?" Perempuan itu berkata, "Aku telah berzina hingga melahirkan seorang anak lalu kubunuh." Musa a.s. berkata, "Keluarlah wahai pelacur! Jangan kau turunkan api dari langit hingga membakar kami atas lacurmu!" Perempuan itu pulang dengan hati yang sedih. Lalu datang Jibril as dan berkata, "Wahai Musa! Tuhan berkata padamu, mengapa engkau usir pelacur yang bertaubat? Engkau tidak bertemu dengan orang yang lebih banyak dosanya?" Musa as bertanya, "Siapa?" Jibril as menjawab, "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja."

Pondok Kapas

Jangan tak tahu..Pokok tu ada 'terselit' kat kedai makan kegemaran kami ni..

Semalam makan tengah hari kat Cafe Ihsan. Keluar dari situ, nampak kapas kat atas jalan. Kak Sya cakap, "Tu lah pokok kapas." Aku yang tak pernah nampak pokok kapas excited terlebih. Tengok pokok kapas tu. Tinggi dan besar. Tiada daun. Ada macam kantung warna coklat-hitam dan kapas tergantung kat dahan-dahan pokok. Wah, hebat kan ciptaan Tuhan..Kain kapas sekarang ni dah jadi trend balik. Ramai yang pakai baju raya jenis kain cotton.

Bila tengok dari jauh, macam Christmas Tree tak? Haha..

Sunday, October 10, 2010

Petualangan Mencari Makan

Ahad lepas, kami (aku+Wnie+Bihah) kena panggil dengan Dr G untuk bincang case report kami yang sebagaimana sms Dr G berbunyi,

Sebentar Cuma

Rasa macam cuti raya hari tu sekejap sangat. 15 hari sangat sekejap kalau nak dibandingkan dengan 365-15=350 hari aku duduk kat Bandung. Bila cuti dah nak habis, rasa berat hati sangat. Tak banyak barang aku bawa. Biskut raya pun aku cuma bawa satu jenis.

Aku sampai Bandung..muka macam cuka..tapi kena lah senyum gak kat orang-orang di airport. Kang nanti diorang cakap aku sombong lak. Masuk dalam teksi, aku termenung panjang. Ya Allah,,tak pernah rasa macam ni. Selalunya, aku tak sebak macam ni. Bila sampai rumah, unpack barang sikit-sikit. Telefon mak. Mak dan ayah dalam perjalanan balik Batu Pahat. Dengar suara mak je, aku terus menangis. Mak tanya, "Okay tak? Kenapa?" Aku tipu, "Em..Ana okay.." Tapi aku sangat tak okay..!

Besok pagi, lepas lapor kat Dr Ame, aku pergi BIP. Banyak barang keperluan dah habis. Aku pergi kedai buku. Niat nak cari satu Quran yang ada tajwid & tafsir. Teringat mak pernah beli Tafsir Quran per kata dengan asbabun nuzul & terjemah. Ayah suruh cek harga. Sah, kat sini lagi murah. Rp 160,000. Mak beli RM100. Tiba-tiba fikir, nak beli Quran yang ni atau yang ada tajwid & tafsir. Kalau yang macam mak punya tu, tiada tajwid. Tajwid aku pun bukannya betul sangat. Dah lama sangat bergantung kat Quran yang ada tajwid, takut salah baca pula nanti. Lagipun lagi murah, Rp 86,000. Tapi, aku rindu sangat kat mak ngan ayah. Kalau beli yang macam mak punya tu, macam pelepas rindu kat mak ayah. I end up buying the Quran that just like my mother's and I feel much happier! Aku beli yang warna ungu, macam mak aku punya..Tak sabar nak baca..


Bila aku pertama tengok Quran mak aku, aku tanya mak, "Mak, asbabun nuzul tu apa?"

"Asbabun nuzul tu sebab turun ayat..Sebab kenapa Allah turunkan ayat ni..apa je peristiwa yang berkaitan dengan sebab turunnya ayat tu..Mak senang sikit nak mengajar..buat rujukan.."

"Ooh.." dan aku selalu nampak mak revise Quran tu pada waktu petang..


Sejak kebelakangan ni, aku rasa hati aku tak senang. Sejak sebelum raya. Rasa macam banyak sangat dosa. Banyak sangat masalah. Kepala aku kusut. Banyak menyalahkan orang lain. Banyak cari kesalahan orang lain. Masa jalan-jalan ngan Angah kat Parkson hari tu, aku tengah jaga trolley..datang seorang lelaki. Dia bawa beberapa buku, nak jual. Buku terakhir yang dia tunjuk kat aku, 'Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan', tulisan Imam al-Ghazali. RM15.00. Aku baca daftar isi: Takut kepada Allah s.w.t; memerangi nafsu dan syaitan; kebusukan dunia...dan banyak lagi..Bila aku balik rumah, rupa-rupanya semua orang pun beli juga.

Aku beli, mengharapkan yang aku boleh berubah kalau aku baca buku ni. Aku rasa sangat memerlukan petunjuk. Aku perlu fokus..tapi aku fikir balik, kenapa tak aku rujuk Quran? Bukan tu kitab yang paling mutlak? Terang-terangan itu adalah peninggalan Nabi Muhammad s.a.w, datang dari Allah s.w.t sebagai peringatan dan petunjuk kepada manusia akhir zaman..

Mudah-mudahan, aku, keluarga & kawan-kawan aku yang lain, selamat di dunia & akhirat..Amin

Thursday, October 7, 2010

Too Cute To Be True!



This is the trailer of Locoroco Cocoreccho for PS3...ouch..
I won't be having any chances to play this game

Monday, October 4, 2010

# 9

If you don't understand my SILENCE,
how will you understand my WORDS...

Saturday, September 25, 2010

White Sauce Fettucine Carbonara - edited version

Ini sebenarnya bukan resipi carbonara. Aku pun tak berapa pasti apa yang dinamakan carbanora - tapi tau lah yang ia adalah sejenis masakan pasta. Cek kat internet, carbonara mesti ada 4 bahan asas - keju, telur,  bacon (haram euy!!) dan black pepper. Hari tu jalan-jalan dengan Izzati, kami rancang nak masak, terjumpa sos spageti Campbell - carbonara mushroom, macam sedap, aku pun beli..huhu. Tapi aku tak ikut resipi yang tertulis kat tin sebab macam hmm...tak bermaya..huhu..Makanya, aku ubahsuai resipi yang aku biasa buat jadilah macam dalam gambar di bawah ini..hee~

courtesy of Nadia Zolkipli

Bahan-bahan:
4 sudu mentega/marjerin
4 sudu tepung gandum
1L susu penuh krim
Pasta: Fettucine/spageti/etc - ikut kegemaran anda
Bawang putih (hiris halus) dan bawang besar (potong dadu)
Hotdog/daging ayam/lembu - goreng dengan minyak yang sedikit
Lada benggala - potong dadu
Rempah: Lada hitam, daun Basil, oregano
Stok ayam
Keju
Minyak zaitun
Garam
1 tin sos carbonara mushroom Campbell

Cara memasak:
1. Rebus pasta sampai lembut. Jangan lupa letak sedikit minyak supaya tak melekat dan garam supaya pasta tidak terlalu tawar.
2. Setelah pasta benar-benar masak, toskan ia dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.
3. Cairkan mentega/marjerin di dalam periuk. Tumis bawang putih & besar. Setelah wangi, masukkan tepung, susu dan sos Campbell. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan stok ayam dan garam secukupnya.
5. Masukkan hotdog/ayam/daging dan lada benggala.
6. Masukkan rempah. Jika boleh, pakai lada hitam yang ditumbuk kasar (tidak terlalu halus, tidak terlalu kasar).
7. Tuang keju. Keju yang paling sesuai adalah parmesan. Kalau nak jimat, pakai cheddar..huhu..
8. Tuang sos ke atas pasta.

Komen dari Ayah:Pasta Ana tawar. Patut letak garam masa rebus. Pastu, gaul dengan sedikit minyak zaitun & daun basil. Sos ni sedikit muak..makan dengan lada, baru best..haha..dah nama pun lidah Melayu ;p

Monday, July 19, 2010

# 8

People who worry that nuclear weaponry will one day fall in the hands of the Arabs, fail to realize that the Islamic Bomb has been dropped already, it fell on the day Muhammad (Our Prophet, peace be upon him) was born”.

Dr. Joseph Adam Pearson



Sunday, July 18, 2010

Tulisan

I totally forgot that I sent a poem to iluvislam.com few months back. Yesterday, I opened my inbox and the editor from the website wrote that my poem has been published on the website. I felt so excited. I forgot how inspired I was back then when I first wrote that poem. Here I'm thinking, I couldn't possibly write that. Look at me. Tulis tak serupa bikin. I missed those moments when I was so inspired to be a true hijabist. *sigh*
I really need to redeem myself...Amin

Friday, July 16, 2010

Easy COP (Chocolate-Oat-Peanut Butter) Drops


I accidentally found this recipe on the internet at allrecipes.com. I was looking for an inspiration how to spice up my fettuccine, but I found this very easy cookies recipe, no oven is needed! I quickly look through our food cabinets, and yes, we've got all the ingredients! Lucky~
So, here's what you'll need:

2 cups white sugar
3 tablespoons unsweetened cocoa powder
1/2 cup margarine or butter
1/2 cup milk
1 pinch salt
3 cups quick cooking oats
1/2 cup peanut butter
1 teaspoon vanilla extract

1.Bring sugar, cocoa powder, margarine/butter, salt and milk in a saucepan to a rapid boil for a minute.

2. Add oats, peanut butter and vanilla extract. Mix well.

3. Drop the dough by teaspoonful onto waxed paper. Let it cool. Yield around 3 dozens.

My friends and I like this cookies. But, it's a bit too sweet , so you might want to decrease the amount of sugar. Overall, it's a very easy cookies recipe. The ingredients are easy to find, it only take few minutes to make and it has a very sweet, pleasant taste in your oral cavity.

Happy trying ;)

Sunday, June 27, 2010

# 7


Hati yang terluka umpama besi bengkok
 walau diketuk 
sukar kembali kepada bentuk asalnya

Monday, June 7, 2010

# 6

Consequently, on the Day of Judgement the believers will be given a light according to the degree of their faith. Some of them will gain light that illuminates over a distance of several miles, some more, some less. Some people's light will glow sometimes and be extinguised at other times. They will therefore, walk on the Sirat (the bridge over the fire) in the light stopping when it is extinguished. Some people will have no light at all." 
[Ibn Kathir Al Baqarah]

Saturday, June 5, 2010

# 5

A sign of the heart's death is the absence of sadness over the acts of obedience that you have neglected and the abandonment of regret over the mistakes that you have made."

 [Ibn Ataillah RadhiAllahu Anhu]

Wednesday, June 2, 2010

Changing

People change
So do I
I used to be nice
All warm and soft
Until now
When I know 
The world 
Is made of fire and ice
Too many pains
I couldn't take
I trade my heart
With stones and rocks
Now I am all
Bitter and cold
I may have an angelic face
With the devil's thoughts
I'm just an actor and
The world is my stage
So, thank you 
For turning my smiles
Into dust.

Tuesday, June 1, 2010

My Name Is M.E.zanorhanna

I am sweet and sarcastic;
I am nice and bit bitterly;
I am quite and I crap a lot;
I am shy and I love to laugh;
I am mouthful with a smile on my face;
I can be funny and moody at the same time;
I can be sensitive and heartless of the world;
I like to imprison myself in this room but I mooch around;
I like to sing but I never write my own song;
I like to write and do my sketches inside my mind;
I fall too quickly but never had my heart broken;
I have so many crush, I lost count
because the boys never make me lose my track;
I am the knight in the shining armour of my own fantasy;
and I am the moonbeam of my darkened night.




For The Forgotten

This is a piece taken from 'For The Forgotten' written by my favourite and loving cousin aka my best friend, Raihan...I only copied a part of it because this part really touches my heart and it had had happened many times before in my life..


this is for the people who lost their loved ones.


for every single drop of tears they cry.


for those whose deaths come so sudden


they never got the chance to say goodbye.



# 4



Sometimes, the person you fall for isn't ready to catch you.



Monday, May 31, 2010

# 3


 I wish i was little again ,
 when the hardest choice was picking a crayon.


Blue Midnight

It's ten minutes to midnight
I'm all alone in this room
Trying to ignore my surrounding
Trying to create my own world
Of fables and fiction

It's five minutes to midnight
I looked outside my window pane
It's a dark blue sky
No moon lit up the horizon
Not even a trace of a stardust
I never seen such a gloomy night 
It's as if they are imitating what I hide inside
Oh, my..
Never mind this heart

It's near midnight now
I picked up my phone
Dialed up a familiar number
Relieved to hear your voice

Peace upon you, my friend
Pardon my ill-mannered
I just want to say
I miss you,
I pray for your safety
In this world and hereafter

'til we meet again
May you dream of our happy days together
Goodnight and
Sleep tight